25 Sept 2011

24 september 2011

assalamualaikum

tetibe rase macam nak kongsi ngan korang kenangan manis semalam.. haih.. korang tahu tarikh ape 2? xtahu kankankan.. 2 lah hari saya dilahirkan... erk! moif nak tulis kat blog?? nak hadiah?? bukan okay.. just nak share yang saya ada kawan2 yang super duper best!! serius... korang ade?? msti ade jugak kan..so, maaf kalau entry hari ini agak pnjg.. :)
okay.. macam mane ktorang boleh keluar?? kami mmg dah rancang nak kuar pergi TESCO cari barang makanan.. nape TESCO? sepanjang 2 tahun duk kat UUM, kami xpernah pergi TESCO.. jakun kan.. wat eva la... excited die lain macam.. kecik boleh senyum sorang-sorang tau kalau igt pasal TESCO.. haha..
ni lah tesco
tugasan pun diberi kepada ahli jawatan kuasa yg terlibat pada tarikh tersebut..so izzah ditugaskan sewa kereta...hari rabu izzah dah tempah kereta.. kereta viva.. baru pulak 2..untung lah cantik, abg kereta sewa pun xberkira.. paji a.k.a kecik ditugaskan untuk cari driver.. haih.. siap ade driver tau nak bwk besday girl kuar..erk!! tak tak tak itu perasan.. okay, settle, driver dah dapat.. dari UITM arau tau... satu2 nye lelaki dalam misi kami.. thanx paji.. syaza pulak?? erk.. die hanya perlu memastikan segala-gala nya berjalan lancar sepanjang perjalanan kami..
sebijik cmnie lah kete kami sewa tu
pada hari kejadian..tepat 12 malam..sibuk2 wat assigment... dengan suara yang kuat, makcik 3 org ni pun menyanyikan 1 lagu yang dirasakan amat special buat sy..erk!! tetibe sebak.. nape? sibuk2 wat assigmnt pun diorg tetap nak jd orang 1st...thanx girls..then, SALAM, schoolmate sy, call tuk wish.. haih.. untung kan kwn2 igt..so,SALAM org 2nd pas makcik 3 org tu...pas siap assigment, mesti la tido awal.. pagi2 nak kuar.. sewa kete dr 9.30 pg-9.30 mlm.. nti rugi la kalau lmbt2 kan..
pukul 8pg paji n izzah dah mandi.. ajun n syaza?? xpe.. kami mandi kul 9 pun sempat setakat nak kuar kul 9.30 tu.. kami bersiap sgt pantas.. so, kalau lelaki ckp perempuan ni kalau bersiap berjam2.. bukan semua okay..kepada lelaki-lelaki kat luar tu jgn jd stereotype..
dah siap kami pun memulakan perjalanan.. tempat 1st kami tuju adalah kedai mkn.. nak breakfast.. p la cari kedai yang ade roti canai.. so, kedai mamak je lah yg bukak pagi2 pun.. sebab ape? izzah mengidam nak mkn roti cheese.. dah 2 kali mimpi.. haih.. risau pulak... dah jumpe, cari tempat yg strategik n order.. erk! roti cheese xda.. so, dengan kata sepakat kami berlima termasuk driver, kami order la roti telur 5..settle.. perut kenyang,, alhamdulillah..
K.E ( driver yg ditugaskan mnjdi driver kami) actually die bf paji memandu dengan cermat dan berhati-hati sekali untuk memastikan misi kami berjaya.. kami pun sampai TESCO.. haaaa.. amik troli..haih.. tau tak. penuh trolly..
sekadar hiasan
next : movie (JOHNY ENGLISH) rate 5 bintang (4.30 ptg)
erk! itu pendapat aku je.. kelaka n buat satu panggung ketawa.. sebelum terlupa, thanx syaza sebab belanje saya.. okay sambung balik.. boleh ckp release tension and agak penat sebab kami dpat seat depan sekali..nak tgok sangat kan, depan pun xpe...puas hati..!!
next: pegi JITRA tuk beli pizza zila...sian dia xpat join sbb ade ko-k.. next time k zila..
masuk and duduk kat meja..pas2 order..bukan zila punya sorang.. sambil tgu zila punya pizza siap, kami pun makan kat situ..mkn lagi?? xpelah.. bukan selalu ajun.. time besday ni je...hehe.. diorang jugak blanje..thanx korang..seriously kenyang..tp sakit hati service die memg teruk...mungkin ni last pergi mkn kat situ... 
next sebelum balik uum: singgah changlun..haha..izzah lagi..mengidam nak rabbit yg cover fon 2.. puas cari, akhirnya jumpe kat changlun..syaza and kecik dapat purse.. cantik sgt2.. balik uum mandi, buat ape yg patut, n last dushhhhhhh tido....
kesimpulannya,hadiah paling bernilai, dapat kawan2 yang best macam korang..thanx tau tau tau syaza, paji, izzah and K.E..
happy kan kami :)
*mission accomplished

Thank you for reading :)

21 Sept 2011

wordless wednesday



*penat..saya perlukan rehat yang cukup :(
MALAYSIA go MALAYSIA

Thank you for reading :)

13 Sept 2011

menyesal ++

assalamualaikum..


petang-petang time orang tido ni, tetibe aku terajin pulak nak tulis entry pasal menyesal ni.. korang pernah rase menyesal dengan ape yang korang buat.. xkisah la pasal ape pun.. sampai kadang2 kalau fikir balik, kalau la boleh undur mase mesti korang xnak buat macam 2.. haaaa...

hmmm.. pengalaman aku sendiri memang lah banyak.. tapi sekarang ni aku cuma rasa menyesal main-main masa study.. aku boleh buat lagi baik dari 2.. aku bukan xpandai.. cuma banyak main and xfokus.. mungkin jugak lupa yang aku ni kena balas jasa ibu and abah.. kenapa la sekarang baru nak fikir ni semua kan.. bila xtahu nak buat apa, mula lah macam2 yang aku fikir.. then, jerawat berebut nak bertempek kat dahi aku ni.. dah la 2 jerawat oi.. bila la nak rase bosan duk interframe kat muka aku ni.. bagi lah can aku ni cantik2 sikit.. haih..


11hari lagi aku genap 21 tahun..aku harap aku menjadi lebih baik dari sebelum2 ni.. InsyaAllah..okay, jangan lupa mendaftar untuk mengundi ye kawan2 yang dah patut mengundi tu.. aku bukan apa.. sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, aku nasihatkan kita sama2 membantu untuk kestabilan politik negara ni.. aku bukan orang politik.. mungkin juga xberminat untuk semua 2.. tp dah la xmengundi, lepas 2 nak complain bagai.. kalau semua orang lakukan tugas masing2 mungkin kita dapat pilih seorang pemimpin yang kita nak kan.. aku nasihat kan korang jugak.. pilih seorang pemimpin itu kerana dia layak bukan kerana atas sesebuah parti sahaja.. itu sekadar pendapat aku..


aku pun xtahu ape yang aku ngomelkan panjang sangat.. tu lah kalau dah dapat penyakit bosan yang terlampau..sebelum aku terlupa, aku nak wish HAPPY BESAR DAY kat kecik a.k.a paji.. i wish u happy n happy always.. semoga terus comel and berjaya dunia akhirat k!!

besday girl.. comel kan kan kan :)

* menyesal memangg ade, tp agak2 ade perubahan x..?? 

Thank you for reading :)

rintihan hati ku

dengan lemah longlai aku meneruskan juga perjalanan.. semakin lama aku rasakan kaki ku seperti tidak memijak bumi.. ya allah.. kuatkan lah hambamu ini.. aku memerlukan kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang makin panjang yang mungkin lebih berliku dari ini.. mungkin Dia mendengar akan doa hambanya kerana hari ini aku masih boleh berdiri dan tersenyum bersama rakan rakan aku yang lain untuk mendapatkan segulung ijazah..

    aku rasakan masa yang aku ambil terlalu panjang untuk merasa gembira semula.. mungkinkah kerana dia yang bernama lelaki?? ahhh.. kenapa aku perlu memikirkannya... kerana seorang lelaki itu juga aku menjadi alpa dan leka kerana terlalu dibuai perasaan sayang dan cinta..terleka hingga aku dipermainkan hati dan perasaan.. mungkin kerana jarak memisahkan kami sehingga dia berpaling..namun, alangkah bahagianya aku disayangi oleh seseoranng yang bernama kawan..namun, kerana sikap aku sendiri, terlalu memikirkan perasaan terhadap lelaki yang tidak berperasaan itu, aku kehilangan orang yang sentiasa setia di sisi aku dan mengambil berat tentang aku..

  kini aku sendiri lagi kerana mereka semua sedang berbahagia..aku xsanggup dipermainkan hati dan perasaan  lagi..cuma mendoakan kebahgiaan mereka.. sedikit perasaan benci pun tak pernah timbul kerana aku percaya pada takdir.. dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... aku teruskan berdoa supaya ditemukan dengan orang yang betul.. kini, seorang adam telah muncul dalam hidup aku.. adakah dia orang yang betul atau akan memperlakukan aku seperti insan yang pernah aku kenal dulu..

   mungkin lebih baik aku sendiri tidak memikirkan semuanya sekarang.. mungkin juga encik adam lebih layak untuk orang lain.. aku tidak mengharapkan kesempurnaan dalam diri seseorang itu kerana diri aku sendiri tidak sempurna.. cukuplah keikhlasan yang dapat engkau berikan wahai insan yang bernama lelaki.. aku hanya insan yang lemah dan tidak rela untuk dipermainkan hati dan perasaan.. kalau terbit niat di hati engkau wahai adam untuk memainkan hati dan perasaan seseorang yang bernama wanita, aku berharap bukan aku orang itu.. bukan juga wanita di luar yang memerlukan perlindungan dari seorang lelaki..jangan lah engkau sentuh hati seorang wanita itu jika engkau berniat untuk melukakannya. hati wanita itu sangat mudah tersentuh seperti kertas yang sangat mudah koyak, juga basah jika terkena air.. jaga lah hati wanita itu supaya tidak koyak dan basah dek air kerana sekali ia terkoyak, mgkin susah untuk disambung semula..





*ayat nak novel je kan.. hahaha...mood ------> xsabar nak makan free esok :)

 
Thank you for reading :)

12 Sept 2011

kisah kami bertiga

assalamualaikum dan selamat petang :)


 hai hai hai.. entry kedua tuk hari ni.. awat laaa ajun rajin sangat aih.. haha.. mungkin belum sibuk dengan assigment.. bosan dan rasa kosong je..sebelum kepala mencari bantal, baik ajun menaip dan meluahkan ape yang ajun rasa..


okay, pagi td xpergi kelas sebab pening kan.. tapi kelas pukul 3.30 td ajun, syaza and kecik memulakan perjalanan sem baru ini dengan semangat baru.. bukti, pkul 2.45 kami bertiga dah sampai kelas..cemerlang kan kami.. masuk kelas, berborak2 sampai lah pukul 3.15.. masing2 kelam kabut mencari kad matrik untuk di punch sbgi bukti kami hadir.. tiba2!!


paji    : eh! beg duit kita xda.. :(


syaza : yeke??


paji    : sumpah..!


syaza : cuba cek kat kerusi luar yang kita duduk td..
           (paji terus keluar menuju ke kerusi yang kami duduk sblm masuk kelas td )


2 minit berlalu...pintu pun terbuka.. ajun dan syaza melihat air muka paji yang agak hampa..
syaza : ade tak?


paji    : xda..hmmmm.. (paji terus mencari dalam beg walaupun dah tahu memang      xde)


syaza  : mgkin tercicir kat tempat kita makan td kot.. 


ajun    : jom lah pegi tengok.


paji     : alaaa.. kelas mcm mane??


syaza   : xpe.. jom2..


kami bertiga pun keluar kelas dengan muka yang slumber.. hehe..
(dialog diatas xsama macam asal tapi lebih kurang lah)


dalam perjalanan ke tempat makan td, walaupun perasaan sedih menyelubungi, namun kami bertiga masih sempat bergossip2.. itulah lumrah perempuan kan.. taraaa!! dah sampai pun.. baru lah paji senyum sebab memg tertinggal kat situ pun.. kelas?? xsempat dah.. kami pun meneruskan perjalanan ke mall sebab paji nak blanje COOL BLOG... hehe.. tq paji..dah habis dah pun.. memg sedap.. esok, pergi kelas okay!! 

haaa!! chocolate coolblog menjadi pilihan kami 

* happy birthday yang ke 21 zarf.. thanx 4 selendang :)

Thank you for reading :)

malas

assalamualaikum n good morning :)


         haaaaa... bila korang bangun pagi, kat luar hujan, rase sejuk2 and mesti korang tarik selimut balik.. ouh.. saya xcakap korang nak tidur balik sebab saya tahu korang berniat untuk sambung untuk 2 3 minit je kan.. okay, xpelah.. ni kan sem baru..semangat berkobar2 nak pergi klaz jumpe lect baru n buat assigment after 3 month duk goyang kaki..then, lepas  2 3 minit korang pun bangun kan kan kan, amik laptop bukak portal nak check jadual korang.. tgu tgu tgu tp loading jgk.. xpelah.. try lagi sbb semangat n azam baru yang tgi sgt.. selepas cubaan yang ke 50, masih xboleh bukak..dah xboleh bukak, baik sambung tido kan kan kan..lagi pun hujan lagi... 


     saya xpergi kelas sbb pening kepala kena hujan petang semalam.. erk, bukan malas okay.. time table saya semua dah copy sebelum portal buat hal.. haaaa.. cemerlang kan.. harap2 sem ni jd pelajar cemerlang lah ye dok.. hehe.. saya doakan korang yg xdapat pergi kelas sbb portal td, turut cemerlang untuk sem ni dan sem akan datang.. all da best ya!!


*blog digodam oleh cik syaza.. tq sebab sgt2 comel :)

Thank you for reading :)

11 Sept 2011

semua tentang baru

assalamualaikum


        cakap pasal baru ni, korang semua mesti tengah bergaya baju baru, kasut baru, beg baru, fon baru n segala-galanya baru kankankan...yelah, musim2 raya, duit raya pun banyak lagi, tup tup duit ptptn pun masuk.. haih shopping sakan la semua kan.. jangan lupa pulak sem baru ni, target 3.5 above k!!


        then, ape lagi ye?? haaa.. BARU balik beli barang sikit2 untuk persediaan sem baru ni.. bak kata rumate kesayangan cik ajun (syaza) bilik BARU ni busuk la.. haaaa... jap!! busuk?? ajun xbau pun.. ouh.. busuk tu maksudnya xcantik a.k.a buruk.. so shopping la sikit bagi wangi.. so, beli la brg2 yang wangi kan yang bernama sabun mandi, sabun basuh, bedak dan sbginya ( xde kene mengena dengan bilik td).. dalam hujan yang renyai2, kami tetap redah untuk brg2 yang wangi td..


     ape lagi yang boleh dikaitkan dengan baru ek?? hmmmmm bf baru?  belum sampai mase lagi kot.. yup! sy xperlukan sape2.. saya boleh hidup sorang2 okay.. fighting cik ajun...then, lets start our sem baru dengan baju baru, bilik baru, jadual baru, kawan2 baru yang paling penting azam baru yang mesti lah tinggi ,setinggi puncak alam (tinggi ke? )


* baju yang bukan baju baru dah siap digosok untuk pegi klaz esok ;)

Thank you for reading :)

9 Sept 2011

selamat hari raya

setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini.. lalalalalala~~
ape yang sibuk sangat bila nak raya?kuih raya, baju raya, tudung raya, rumah pun raya, yang penting kutip duit raya kan kan kan.. so, korang berapa banyak dpt duit raya?? byk?? rezki masing2 lah kan.. program raya korang best ke?? haih.. byk nye soalan..

cik ajun punye raye okay je.. tapi agak sebak mase tahlil arwah atok pagi raya.. air mate mencurah2.. ajun doakan embah dirahmati di sana.. amin..suasana di kampung byk berbeza.. kanak2 pun makin kurang.. kalau dulu cik ajun yg kene melayan tetamu kanak2 yg x berhenti2 berkunjung dirumah nenek, tahun nie, giliran adik ajun pulak... hahaha.. padan muke kau najwa!! akak senyum sampai telinga sambil goyang2 kaki je...

suasane pagi raya.. jeng3~~~

sedih nye sy

my lovely dad n mum <3 4eva

haa.. beratur ikut turn ok!

happy family :)

eh lupe!  gmbr yg plg dramatik :(

puas dah beraya kat kg, jom balik seremban...so, ni yang sempat di klik oleh SALAM

sy yang pling cute ye dok??

korang ni bila nak hbis mkn??

rumah azfar ;)

epul, afa n cik ajun

kami semua ayu okay

melantak mee kari
haaaa... then jumpe some1.. eh mcm kenal.. mcm selalu borak tp xpnh jumpe... hehe.. abg farith!! at last jumpe di rumah epul si KJ.. hukk3~~ xpasal2 femes kan kan kan ;)

gmbr candid tp mcm pose.. haha jgn
marah tau :p 
haaaaa... itu antara program raya cik ajun yg xseberapa.. tp best sebab mase raya ni lah dapat berkumpul n mengeratkan silaturrahim setelah lame xberjumpe.. :)

* currently at kedah bumi sintok.. mood ---> new sem.. ALL DA BEST YA!!







Thank you for reading :)