13 Sept 2011

rintihan hati ku

dengan lemah longlai aku meneruskan juga perjalanan.. semakin lama aku rasakan kaki ku seperti tidak memijak bumi.. ya allah.. kuatkan lah hambamu ini.. aku memerlukan kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang makin panjang yang mungkin lebih berliku dari ini.. mungkin Dia mendengar akan doa hambanya kerana hari ini aku masih boleh berdiri dan tersenyum bersama rakan rakan aku yang lain untuk mendapatkan segulung ijazah..

    aku rasakan masa yang aku ambil terlalu panjang untuk merasa gembira semula.. mungkinkah kerana dia yang bernama lelaki?? ahhh.. kenapa aku perlu memikirkannya... kerana seorang lelaki itu juga aku menjadi alpa dan leka kerana terlalu dibuai perasaan sayang dan cinta..terleka hingga aku dipermainkan hati dan perasaan.. mungkin kerana jarak memisahkan kami sehingga dia berpaling..namun, alangkah bahagianya aku disayangi oleh seseoranng yang bernama kawan..namun, kerana sikap aku sendiri, terlalu memikirkan perasaan terhadap lelaki yang tidak berperasaan itu, aku kehilangan orang yang sentiasa setia di sisi aku dan mengambil berat tentang aku..

  kini aku sendiri lagi kerana mereka semua sedang berbahagia..aku xsanggup dipermainkan hati dan perasaan  lagi..cuma mendoakan kebahgiaan mereka.. sedikit perasaan benci pun tak pernah timbul kerana aku percaya pada takdir.. dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... aku teruskan berdoa supaya ditemukan dengan orang yang betul.. kini, seorang adam telah muncul dalam hidup aku.. adakah dia orang yang betul atau akan memperlakukan aku seperti insan yang pernah aku kenal dulu..

   mungkin lebih baik aku sendiri tidak memikirkan semuanya sekarang.. mungkin juga encik adam lebih layak untuk orang lain.. aku tidak mengharapkan kesempurnaan dalam diri seseorang itu kerana diri aku sendiri tidak sempurna.. cukuplah keikhlasan yang dapat engkau berikan wahai insan yang bernama lelaki.. aku hanya insan yang lemah dan tidak rela untuk dipermainkan hati dan perasaan.. kalau terbit niat di hati engkau wahai adam untuk memainkan hati dan perasaan seseorang yang bernama wanita, aku berharap bukan aku orang itu.. bukan juga wanita di luar yang memerlukan perlindungan dari seorang lelaki..jangan lah engkau sentuh hati seorang wanita itu jika engkau berniat untuk melukakannya. hati wanita itu sangat mudah tersentuh seperti kertas yang sangat mudah koyak, juga basah jika terkena air.. jaga lah hati wanita itu supaya tidak koyak dan basah dek air kerana sekali ia terkoyak, mgkin susah untuk disambung semula..





*ayat nak novel je kan.. hahaha...mood ------> xsabar nak makan free esok :)

 
Thank you for reading :)

1 comment:

Post a Comment