24 Dec 2011

final exam preparation

hi semua !!


apa yang aku tahu, sekarang student degree sedang berhempas pulas untuk final exam.. semoga kejap lagi aku pun akan mula berhempas pulas macam semua orang.. insyaAllah.. huahuahua... sebelum mula hari hari yang memenatkan, aku dah bersuka ria dulu...ouh ya! ni jugak salah satu preparation aku tuk final exam ye...


1) makan-makan

2)bowling
#aku bengap 1
3) karoake
# bukan seperti smlm (smlm xamik gmbr)
4) tengok wayang
ouh ya! tiket terbalik.. ( mission impossible)
so, all da best untuk semua student yang bakal menduduki final exam !

*mula study :)

Thank you for reading :)

21 Dec 2011

kami di GUNUNG JERAI

assalamualaikum


okay, hari ni aku nak nak share ngan korang pasal ekspidisi aku ke Gunung Jerai 16 & 17 hb yg lepas... seriously, aku xpernah mendaki gunung sepanjang hidup aku.. yelah, kalau korang nak aku jogging pun, 100x aku fikir... haha.. macam tipu kan... tu maknanye aku nak tunjuk betapa tak suka nya aku dengan aktiviti luar kecuali bola tampar.. yang tu, aku memang minat.. tapi hari ni bukan nak cite pasal bola tampar.. nak cerita pasal gunung jerai..

bila diorang ajak pergi sana, aku rasa wah! macam best je.. n bila syaza cakap, kalau kita tak pergi, bila lagi kita nak pergi sana.. nak pergi sendiri memang tak dapat lah kan... padang besar, gua kelam, pantai merdeka, n banyak lagi tempat aku tak pergi.. gila loser kan.. aduhai... tak pelah, insyaAllah satu hari sampai sana...so, bila fikir ada betulnya apa yg syaza cakap, kami pun bayar sorang rm50 untuk penyertaan...hari yang dinanti-nanti pun tiba... and malam tu, mata buat hal tak nak tido... adoiiiii ! risau jugak kan.. diorang cakap nak sampai puncak amik masa 8 jam... tapi kan, kan, kan, kitorang sampai atas just for 5 to 6 hours... yeay! tepukan gemuruh untuk kami...

sesampai nye kami di sana, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bergambar..yeay!! serius, pendakian ni sangat2 mencabar fizikal dan mental.. sebab sepanjang hidup aku, ni lah 1st time aku mendaki gunung..ouh ! serius aku tak pernah terfikir yang aku akan buat semua ni... sila tepuk tangan... huahuahua.. gedik kan.. okay abaikan.. okay, meh nak kongsi gambar gedik2 saya ...
dia lah rumate saya yang sentiasa bersama sy 24 jam :)
lepas bergambar, kami bersedia memulakan pendakian..serius, 15 minit pertama aku dah tak larat nak melangkah sebab,anak tangga dia, perghhhhhhhh.. kecik-kecik...SUDDENLY, ceh speaking pulak... perut rasa mual, mata rasa kabur, eh eh apesal dengan aku.. wekkkkkk ! muntah...tapi, rumate aku tetap berada di sisi.. mer, pun berkejar-kejar cari first aid tuk aku.. sorry lah korang.. tak bermaksud nak susah kan... aduhai ajun oi... baru sikit.. tapi semangat tuk sampai atas masih berkobar-kobar... mana tak nye, ada kawan aku tu, berat 130kg, sampai atas beb.. kalau tak maluuuuuuuuuuuu lah aku.... nak tahu bape banyak anak tangga nya? 1000++ weyyy... sampai je kat check poitn pertama, aku rasa kaki lembik macam tak mampu jalan dah.. huh !

haa.. yang minum air tu sufri (130kg) #check point pertama

ouh mer ... dia baik ( dah la macam korea)  #tangan didada mata keatas
okay, pendakian bermula untuk menuju dengan lebih tinggi.. whoahhhhh ! aku bersyukur dah tak de tangga.. fobia fobia.. kali ni aku cool je.. ceh ! cool la sangat kan... hei3 ! cool la, aku orang ke tujuh sampai check point kedua kot... disebabkan aku sampai awal, so rehat lamae sikit sebab nak tunggu semua 38orang sampai..  so, ape lagi, amik gambar...

ni lah laluan nye.. curam kan..

mereka paling awal sampai..
then, perjalanan diteruskan untuk check point ketiga.. tempat dimana kami akan makan tengah hari...masa ni, semua semangat, nak makan lah kate kan... huyaiiii... bila penat, aku berenti hanya lima saat.. kalau tak lagi aku penat.. nampak macam tipu kan... takkk !! aku tak tipu... itulah yang sebenarnya.. sampai je kat check point ketiga, aku pun capai pisang dalam beg, makan.. diorang cakap, bagus makan pisang.. masa ni, bekalan coklat pun dah habis.. yelah, makan beramain-ramai kan... -_-"

penat tapi senyum mesti ..

tengok ! semua kelaparan
lepas makan, kami pun jalan lagi untuk menuju ke check point yang terakhir... yeayyyyyyyy !! perghhhhhhhhhhh, perjalanan gila mencabar beb.. rasa tak sanggup nak mendaki.. tapi semangat tu masih tinggi...and  taraaaa ! aku dan rumate aku merupakan 10 orang terawal sampai puncak...sila tepuk tangan lagi... perasaan yang aku tak tahu nak gambarkan.. puas, penat, dan paling penting ohsemmmm... tapi, kami terpaksa tunggu sufri, yang aku cakap berat dia 130kg tuh...sejam lepas tu, dia pun sampai ditemani mer (kan aku dah ckp die baik )...

tapi sampai atas, hujan pulak.. (aku basah)

aku memang selalu tak de, sebab aku yang ambik

okay, rasa macam dah banyak sangat je... kita sambung lain kali yeeeee... tu pun kalau rajin..huahuahua... sebab pendakian, muka yang sebelum nya macam tayar bas, sekarang dah kurang bulat, cuma besar tayar kereta je... 
-__-" 

* bercita-cita untuk lebih kurus :)

Thank you for reading :)

quotes


;)

Thank you for reading :)

18 Dec 2011

HAPPY BIRTHDAY MY LOVE :)

assalamualaikum..

ouh ya.. maaf sebab tak jadi orang yang paling awal wish.. dah tunggu sampai pukul 12, tapi tertido jugak.. penat mendaki mungkin... hmmmmmm..maaf jugak sebab tiada hadiah yang istimewa.. but, the most important thing is I LOVE YOU damn much..

abah, mungkin kakak selalu nakal.. tapi akak tahu, abah letak harapan yang tinggi pada kakak.. abah selalu percaya yang kakak boleh buat semua.. maaf abah.. kakak selalu kecewakan abah.. kakak buat abah sedih.. tapi abah tak pernah tunjuk pada kakak.. abah, akak tahu abah sakit, tapi abah tunjuk abah kuat sebab tak nak kami semua risau.. walaupun abah di sahkan positif H1N1 dulu, abah tetap senyum.. ya allah.. kuatnya abah... maafkan kakak sebab tak mampu nak tahan air mata.. abah mesti tak sanggup tengok kami sedih kan.. 

walaubagaimanapun kakak bangga dengan abah, walaupun abah ada masalah jantung, tapi abah boleh lawan sampai abah disahkan sihat macam biasa.. cuma tuhan yang tahu betapa bersyukurnya kami semua masa tu.. abah, jaga lah diri baik2.. abah selalu sibuk bekerja.. kadang-kadang tak ambil tahu pasal kesihatan abah.. kami perlukan abah sepanjang hidup kami.. abah yang banyak memberi motivasi pada akak dan adik beradik yang lain... insyaAllah suatu hari nti, kakak akan buat abah bangga dengan kakak..

ibu, you are my everything.. akak sanggup hilang benda lain tapi bukan ibu...dulu kecik-kecik, kakak selalu rasa ibu tak sayang kakak.. akak selalu kena marah dengan ibu.. akak rasa, akak kecik lagi, tapi kenapa sebab salah kecik pun kena marah cmtu.. kadang-kadang kakak nangis dalam bilik sorang-sorang.. ibu tak pernah tahu.. bila petang-petang nak main ngan kawan2 yang lain, mesti ibu marah, ibu suruh jaga adik.. hmmm... sedih je bila tengok orang lain main-main.. tpi sebenarnya ibu bukan tak bagi main kan... ibu penat balik kerja, adik kecik lagi, takkan nak bia adik sorang2.. ya allah, berdosa nya kakak masa tu.. fikir ibu tak sayang kakak.. dulu, sejak 4 tahun ibu dah suruh puasa.. ibu nak kakak belajar puasa awal sebab nanti senang.. ibu tak nak manjakan kakak macam orang lain.. tapi ibu kena marah dengan embah... sampai ade yang ckp ibu nak bunuh anak.. ibu, maafkan akak.. sebab kakak, orang cakap ibu cmtu... 

sekarang akak sedar, setiap apa yang ibu buat dulu, banyak kebaikan nya pada akak... kakak tahu, ibu pun bukan lah sihat macam kakak nampak.. tapi ibu tetap ukirkan senyuman supaya kami tak risau.. ya allah, dugaan paling besar dalam hidup kakak masa abah dah diasingkan dalam wad sebab H1N1.. cinta ibu dengan abah sangat kuat... 3 hari selepas abah ditahan, ibu pun disah kan positif H1N1.. tak kering air mata kakak..tapi akak kena kuat untuk adik-adik... kami sentiasa doakan ibu n abah sihat macam sedia kala.. kuasa tuhan itu sangat besar... ibu n abah akhirnya sihat seperti biasa..alhamdulillah... hari ini, ibu dan abah masih lagi bersama kami..

kakak takde hadiah untuk ibu n abah.. tapi iringan doa kakak sentiasa ada untuk ibu dan abah.. semoga ibu dan abah panjang umur, dimurahkan rezeki sentiasa.. semoga cinta ibu dan abah juga kekal sampai syurga insyaAllah...ibu n abah, i love u more than everything... once again happy birthday :)


sgt suweettttt..smoga kekal sampai syurga :) 

* masih penat gara-gara gunung jerai :(

Thank you for reading :)

15 Dec 2011

GUNUNG JERAI

assalamualaikum..

okay.. hai semua.. first.. korang kena tahu ape yang aku rase sekarang.. EXCITED.. EXCITED.. EXCITED!
esok pagi nak pergi mendaki gunung jerai weyh.. tak sabar tak sabar tak sabar.. okay.. gila jakun kan.. ape-ape lah.. sepanjang hidup aku, aku  tak pernah nak mendaki gunung.. tu pasal lah over cenggini.. sebab terlalu excited , aku pun google la image gunung jerai tuk amik feeling sebelum mendaki esok.. kehkehkeh.   jom kite terjahhh !!!

At night
gambar ni aku curi kat google
pemandangan dari atas mungkin

*doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik
insyaAlllah :)




Thank you for reading :)

14 Dec 2011

sumpah rindu !

assalamualaikum...

okay...hari ni, tak tahu nak buat apa.. tadi terbukak folder album and terus tertarik untuk bukak folder yang diberi nama C-PAK..... C-PAK tu tempat aku kerja masa cuti sem break hari.. pekerja memang banyak Indonesia, Nepal, Vietnam and ape tah lagi.. Orang Malaysia seciput je.. nama pun kilang kan.. nak cut cost.. katanya orang Malaysia ni demand dari segi gaji.. hurmmmm... no komen...

walaupun ramai orang asing,tapi diorang sangat baik dengan aku.. tapi pemikiran antara  kita yang terjajah dan selalu fikir diorang tu macam ni, macam ni kan....KLIK SINI kalau nak tahu.. bukan kat kilang tu je.. tapi UUM pun boleh nampak.

tahu tak kenapa rindu suasana kilang? sebab diorang selalu buli aku.. selalu curi gula-gula aku.. minyak wangi aku diorang buat macam harta sendiri.. bila aku duk pegang2 muka diorang lepuk aku.. sebab kata diorang tangan kotor pegang material tu...lepuk sebab sayang kan.. kadang2 aku tengah kusyuk 120% bekerja, diorang boleh terkejutkan aku... memang main kejar2 la kan dalam tu.. haih ! tapi yang paling tacing, masa aku sakit, diorang sangat caring..ada yang bagi ubat, ada yang sanggup kuar beli 100 PLUS, ada yang bagi glove suh pakai ( siap sarungkan lagi ).. sies rase terharu.... rase nak nangis tetibe.

 pastu kan, bila kerja shift malam, aku selalu curi tulang.. duk kat loker, then tidoq.. haha.. then datang seorang abang yang memang selalu nak gaduh ngan aku, datang amik gmbr.. haih.. kacau betul.. orang ngantok tahu.. tapi die memang selalu geng aku mencuri tulang... kehkehkeh


haaa... tengokkk... memey suke kacau org tido
then, bila aku nak berhenti, aduhaiiii.. sedih nya rasa hati ni.. orang atasan siap buat jamuan makan surprise tuk aku.. haih.. padahal kerja dua bulan lebih je pun.. masa tu lah aku dapat makan satay tulang.. sies aku tak pernah makan benda tu.. rasa ? boleh lah.. tak lupa juga pada Engineer aku yang boleh tahan kacaknya.. muka ala-ala ARIL AF.. okay.. aku tak minat ARIL..haha.. diorang telah melaburkan wang mereka untuk majlis berbuka puasa sebelum aku berhenti.. sob3~

okay lah... itu sahaja yang aku boleh kongsikan sebagai salah satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan... walaupun penat kerja berdiri hari-hari.. tapi aku rasa seronok... seronok sebab ada orang yang super duper ohsem di sekeliling aku... okay bye !

*semoga orang-orang disekeliling anda juga ohsemm.. ;)




Thank you for reading :)

10 Dec 2011

photoshoot di sekitar kolej kediaman tradewinds

assalamualaikum...

aduhai.. petang-petang orang nak tido, nak photoshoot pulak.. tahu tak aku penat ? (sambil menghempas pintu dengan kuat ). tapi, dia kan kawan aku, takkan aku nak biaq dia sorang-sorang.. dia nak amik gambar siapa.. sepanjang duk kat UUM ni, tak pernah pun kami nak jalan-jalan dalam UUM ni.. baik-baik, saya bersiap..

# cerita di atas cuma rekaan semata-mata. (nak p changlun sbnrnya )

kau ingat kau hot sangat nak photoshoot bagai..? tinggi pun tak berapa nak cukup kan.. hahaha.. takpelah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada.. alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, makan cukup dan semoga aku tidak menjadi orang yang lupa kepada-Nya..

jom kita zoom gambar aku yang berangan jadi model nie.. terima kasih photographer saya :)

walaupun hutan, UUM tetap dihati # chewahhh !

photographer sy yg kiut miut :)

haa ! saya lah model tuu :)

saya lagi ??

*mood melayan perasaan sendiri ;(





Thank you for reading :)

9 Dec 2011

ini yang terbaik

okay saya sedih. titik
.
.
.
.
.
.
.
 tapi saya kuat !

*saya akan senyum selalu :)


Thank you for reading :)

7 Dec 2011

wordless wednesday


* just waiting   =)

Thank you for reading :)

4 Dec 2011

KLK di taska JITRA




okay ! dah berabad dah semua ni.. aku baru nak hup-date kan... tapi nape aku letak gambar
yang comel mintak penumbuk tu... hehe.. actually, ni mase dalam bas 
time nak pergi tadika Jitra yang nak di design kan oleh kami seramai 30 orang..
erk ! ramainye.. yup ramai.. ni adalah salah satu kerja amal yang
kami kene buat untuk ko-k (kokorikulum).
ko-k ape sampai ke Jitra pulak... ehem3 ! Interior Design
or we called it Hiasan Dalaman.
Interior Desingner to be... huk3 ~
jadi, dengan berbesar hati, kami minta izin dari owner tadika ini untuk design kan
depa punya tadika... jom kita terjah antara aktiviti yang berlangsung .....

tengok tu... aku yang komited pada kerja :p

ada setengah jam jugak lah nak bukak benda alah ini 

dan ini lah hasilnya.. simple but nice..
and paling penting, sesuai untuk kanak-kanak :)



p/s : sesiapa yang berminat untuk mendapatkan
khidmat kami, sila hubungi
no di bawah..
012-4567890

*aktiviti aku jumaat lepas.. KLIK SINI..
BUBYEEE !!



Thank you for reading :)