23 Oct 2011

trust and believe

assalamualaikum...

bersabar lah wahai hati... mungkin perkara yang kau dengar itu betul.. mungkin juga salah... tapi siapa mereka untuk mempersoalkan semua itu.. siapakah yang mereka anggap kawan?? dia atau aku?? tahukah cerita sebenar tentang perkara tersebut.. atau kau dah cukup baik untuk berkata macam tu.. aku lupa, kau memang baik.. tapi kenapa kau yang buat begitu.. apakah erti sebuah persahabatan pada kau?? bercakap seolah-olah kau suci.. sebarkan keburukan orang.. sekurangnya-kurangnya aku xberpura-baik dan mengaku kekurangan itu... aku tahu aku bukan sapa-sapa pada mereka.. cuma istilah kawan yang masih buat kita bersama...

tabah lah wahai hati... lindungilah perkara yang tak baik dengan perkara yang baik mereka buat untuk kau... setiap itu amat bernilai... aku tahu aku juga merasa... terima kasih kawan.. sesungguhnya aku tidak kenal siapa kawan siapa lawan... tapi aku berharap mereka yang bernama sahabat akan kekal sebagai sahabat.

carilah kawan yang bukan lawan ;)

Thank you for reading :)

dia kawan saya

assalamualaikum...

jemmmmmmmm!! tahniah ... semoga cepat dapat kerja tau tau tau..pastu banje ete makan aiskrim kat ice room pun jadi arr... boleh kan kan kan... sebab awak selalu comel dan manje manje ngan ete... ete nak bagi hadiah special au kat awakk... euwwwww... nape ete cakap manje manje nan awak nieeee....ete rase ete dah berjangkit nan virus yang semakin merebak nieeee.... okay... mesti awak dah x sabar nak tengok hadiah tu annnn.... 

buah strawberriii

awak cakap semalam awak nak strawberry kan... tadaaaa!! msti awak shukee sgt kan... xpe..tuk awak semua boleh... tapi kan awak, nak jumpe awak lmbt lg kannnn..so, ete bg kat kwn ete...heeeeee.... nak ckp ete tipu la tu.... ete tak tipu la awakkkk... memang betulll.. memang betul kite tipu.. hehe..

ye! awak comel

terima kasih datang tengok ete kat sini semalam... ete terharuuuu auuuu...sayang awak banyak2... thanks jugak kat AZFAR and LINDA... hehehe...jap lagi awak nak naik pentas kan.. hati-hati au.. jangan over excited, ti bedebukk jatuh ete tak de.. abg idham pun takde nak tolongg..once again, congratulation dear..


*satu hari nanti aku pulak








Thank you for reading :)

21 Oct 2011

jom masak-masak

assalamualaikum
 okay, hari ni cuti yang bangun awal... bagus kan..tapi bila bangun tadi, teringin nak makan ayam masak sweet sour.. ayam yang dipotong nipis2, di salut dengan tepung, digoreng dan akhirnya dicurahkan sos sweet sour....perghhhh!! meleleh dah air liur masa taip ni....
okay takpe... dah dekat cuti..sabar-sabar.. lagi 3 hari je pun.. balik rumah kita masak makan sama-sama kay..nak tahu macam mane nak masak resipi nie..? jom kita terjah....

resipi ayam masak sweet sour


BAHAN-BAHAN
- isi daging ayam bahagian dada 2 ketul
- tomato (potong dadu)
- bawang besar (potong dadu)
- halia 3 4 hiris
- cili api ( kalau nak pedas)
- tepung KFC (boleh buat sendiri kalau pandai)
- sedikit bancuhan air tepung jagung


CARA-CARA
1. hiris daging ayam nipis-nipis panjang2 macam buat fillet
2. panaskan minyak, dan salut daging tadi dengan telur sebelum salut dengan tepung KFC
3. untuk buat kuah, tumis bawang dengan halia, dengan cili api tadi, kemudian masukkan sos cili.
4. masukkan air sedikit.
5. kalau terlalu cair, msukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
6. letak sedikit gula untuk rasa sweet tu..
7.masukkan tomata yang didadu tadi. (kalau ada nenas lagi best)
8. rasa masin manis semua cukup tak. 

kalau dah rasa semua cukup, curah atas ayam yg dah digoreng td..kalau nak nmpk cantik, boleh jugak letak capsicum..lepas tuuuu....boleh lah dihidang..



dah kenyang sebab baru lepas makan =)


Thank you for reading :)

19 Oct 2011

bola sepak

assalamualaikum and selamat pagi semua...

okay, nak cerita pasal bola semalam.. channel ARENA Negeri Sembilan VS T-Team... sorry lah kalau kenegerian sikit.. sebab mestilah aku sokong negeri sembilan sebab aku duduk Negeri Sembilan kan..yeay!!! 4-2.... tapi aku jugak nak ucapkan tahniah buat T-Team kerana melangkah jauh hingga separuh akhir.. mereka juga berjuang bermatian-matian untuk menjaringkan 2 gol...tapi itu belum penentu.. memang xsabar lah kan nak tengok match kat Negeri Sembilan nanti.. (agak2 aku kat umah tak, nak pegiiiiii!! ).. tapi nak komen sikit.. suka hati aku je kan nak komen.. haih.. pasukan n9 beruntung lah sebab ade Hai-O( hairuddin omar) pemain veteran yang sgt2 perform semalam..tapi banyak dibantu oleh kunalan... bukan nak cakap orang lain tak perform..contohnya aidil, agak tenggelam semalam..nampak die pun masa die kejang tu kan.. anyway, HOBIN JANG HOBIN...

s. kunalan

hairuddin omar
okay, perlawanan di TV1, Terengganu VS Selangor di Shah Alam..Terengganu membelasah Selangor dengan 2-0.. memang aku sokong Terengganu.. sebabbbbb corak permainan diorang yang cantik.. tapi tu pendapat aku.. tak tahu lah orang lain kan kan kan.. diorang main pun laju... so, macam seronok nak tengok..walau  apa pun, selangor  dah bermatian-matian untuk menjaringkan gol.. tapi mungkin tak ada rezki.. so all da best tuk pasukan Terengganu untuk match yang akan datang...  MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !!

terjatuh hati dengan lagu ONE IN A MILLION

Thank you for reading :)

16 Oct 2011

nak dapat pahala ?

assalamualaikum...

okay.. aku ada terbaca satu artikle ni..macam mane korang nak dapat pahala... so, aku nak share kat semua readers yang kiut miut, kacak bergaya, berbudi bahasa hari nie...

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .
--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
--> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Wlaupun 1 tlong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu...


hujan ni buat aku rase nak tidooooo

Thank you for reading :)

15 Oct 2011

grrrrrrrrrrrr!!

sakit hati haihhhhh!
rase macam nak bunuh orang...
grrrr!!



-sabar separuh dari iman-





Thank you for reading :)

i love it !

assalamualaikum..


bila cuti tak sabar nak masuk sem.. bila dah masuk sem.. ni lah yang paling tak larat..dengan aktiviti yang tersusun setiap minggu  and assignment yang banyak..antara assignment yang tersusun adalah :


1) ACCOUNTING & REPORTING III
(tutorial chapter 2 & 3 + group assignment)
2) ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM
(tutorial+group assignment)
3) BUSINESS PROFESSIONAL COMMUNICATION
(prepare for executive meeting+exercise)
4) AUDIT & ASSURANCE I
(group assignment)
5) HUBUNGAN ETNIK
( individu + group assignment)
6) EKONOMI GUNAAN
(group assignment)
7) MANAGEMENT SCIENCE
( yeay tak dak! )
8) INTERIOR DESIGN [KO-K]
( portfolio)

- jom BERassignment-




Thank you for reading :)

12 Oct 2011

wordless wednesday






when someone hurts you,
cry a river, build a bridge
and get over it!!





Thank you for reading :)

11 Oct 2011

saya sukeeeee



alhamdulillah atas anugerah Allah..
terima kasih jugak pada Nya sebab menjadikan aku seorang
yang kuat dan tabah mengharungi hidup yang penuh liku..

aku mohon maaf pada-Mu juga mereka yang aku sakiti,
aku ingin menjadi lebih baik,
syukurlah aku bukan seorang pendendam,
malah aku mudah memaafkan,
semoga kita semua menjadi lebih baik pada hari akan datang..
InsyaAllah....



ehem2..ada orang cakap sy mcm cinaaaaa





Thank you for reading :)

10 Oct 2011

minat

assalamualaikum...

hari ni  tak berhenti-henti gelak..tulah kalau dapat kawan-kawan yang sekepala kan.. chewahhh!! 
okay bukan tu sbenarnya nak cerita.. cuma nak kongsi aktiviti yang aku minat dari sekolah dulu.. kalau nak kaitkan budak perempuan, bola jaring sukan yang famous.. tapi aku awal2 kene reject sebab ketinggian yang xberapa nak tinggi.. alaaa.. tu bukan masalah sebenar.. aku ni tak reti duk diam, kalau bola dapat je tangan aku, xsemena-mena, wisel akan bertiup, dan pengadil akan menunjukkan isyarat gerak kaki.. haih..ajun ajun... memang bola jaring tak de dalam diri aku..

then, aku cuba menjinak-jinak kan diri dalam bola tampar..mula-mula main memang susah.. tp yang paling best,  tak payah nak lari pusing satu padang bawak bola.. semput uh.. sebab budak2 bola tampar ni sangat2 best, kalau lelaki haruslah hensem-hensem... erk! tak.. aku tak pernah pergi mengorat okay.. and now, bola tampar dah tepu dalam hidup aku... tapi aku tak lah hebat.. boleh lah main-main setakat wakil sekolah and DPP(dewan penginapan pelajar) aku.. sekarang ni, tangan kanan bengkak tersalah urat gara-gara berbola tampar.. tulah main tak nak warm up..hambik kau kan..

fikri (schoolmate ajun)
sori tercuri gmbr yang hensem ni ;)


selain berbola tampar, aku minat menari..erk!! kelas sangat kau ajun.. tp kadang-kadang je aku join..sebab budak tarian kebanyakan nye sombong.. kau ingat kau cantik sangat?? haih.. sebab 2 lah aku jarang join.. menari sangat seronok sebabbbbbbbb... badan makin fit, and stamina makin bertambah.. cuma penat kalau hari2 ada training.. xbuat kerja lain oi... igt datang belajar ni nak menari je ke?assignment bertimbun 2 sape nak buat..haaaaa...dats y lah aku tak aktif dalam bidang tu lagi... setakat buat persembahan kecik2 tu okay lah...

antara kenangan2 dalam bidang tarian nie ade lah sikit...

pementasan teater muzikal (UUM)

hindustan 

wakil matrikulasi masa KAKOM (serius buruk muka kene mekap) haih...


majulah sukan untuk negara!!



Thank you for reading :)

9 Oct 2011

A Famosa Melaka

assalamualaikum

korang pernah pegi A famosa water world kat Melaka..?? pasni pakat ramai2 p naa.. best tau kat sana.. itu hanya pendapat cik ajun la kan.. xtahu orang lain.. kami p sana 5 kereta.. haih..dah la malam kerja, balik kerja cik ajun pun siap2 nak p melaka.. rabak mata ceq oi.. rasa nak tidoq atas pelampung kuning tu ja...
jom tgok ape yang sempat di klik kat sana..

bergambar sebelum balik!

posing lagiiiiii

peace everyone :)

bila kami gembira!!

tu diaaaa jemmm!

kami dah xlarat

dah puas mandi dah?  haih ceq dah xlarat oi..

haaaaa... tu lah antara gmbr yg sempat di klik..  tak dapat klik semua tempat sebab sape yg nak tolong kelik kan..semua tempat ada air.. so, las2 baru la dpt bergambar.. sorry sebab gmbr tak ikut turutan....nak tahu apa yang paling bes?? kami semua tetap kawan baik walaupun masing2 dah bawak haluan masing.. this is we call friendship forever.. ;)

quiz audit, please be nice ya!
dah berabad baru nak update ke cik ajun oi?

Thank you for reading :)